17.1.11

Bawang oh bawang.....

Ketika menelusuri tamu mingguan di Putatan, mata saya terpaku pada tanda harga yang diletakkan oleh seorang peniaga bawang 'RM20.00 sekilo'. Fuhhhhh, saya tergamam. Apakah selepas ini saya juga terpaksa membayar lebih untuk menjamu selera di restoran atau gerai tepi jalan? Majoriti masakan menggunakan bawang merah!

"India banjir bah, supply kurang". Itu ulasan peniaga tersebut.

Saya terkedu dan mula berfikir dan mencongak bagai PM, apa sudah jadi dengan dasar makanan negara? Kalau negara lain kena bencana dan kita juga merasakan 'ekor' bencananya bukankah itu menandakan kita tidak merdeka sepenuhnya.... wah, senangnya kita tergugat, kita tidak perlu krisis dalaman, kalau lah negara-negara pengeluar makanan asas kita menghentikan eksport mereka ke negara ini, lingkup kita!

Saya tercari-cari di dunia cyber ini kenyataan para pemimpin kita mengenai isu ini.... Mungkin politikus kita terlalu sibuk berpolitik sampai isu asas sudah tidak penting bagi mereka....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan