16.1.11

Dari menara kaca (1)

Dikhabarkan khazanah menara kaca ini makin susut. Suratkhabar memuatkan isi ucapan Pengarahnya dalam jamuan akhir tahun 20 disember lalu yang mengheret sama semua jiwa-jiwa yang bernaung hidup di menara ini untuk sama-sama berkongsi kekhuatiran. Wajah yang jelas tertekan adalah mereka yang hanya mengharapkan imbalan 'gaji hari' yang sudah tentu bakal malap hidup mereka jika terjadi sesuatu yang tidak diingini dengan menara ini. Apa akan mereka suapkan di mulut yang menanti di rumah?

Bila kekalutan sebegini berlaku siapakah sebenarnya bertanggungjawab? Jiwa yang cuma 'menurut arahan dan perintah' ataukah 'mereka yang memegang teraju?

Kata jiwa-jiwa yang tertekan ini, wahai sang nakhoda, kami mahu melihat kebijaksanaan kamu menunjukkan jalan keluar, bukan hanya asyik menyalurkan rasa bimbang dan ketakutan kamu kepada kami yang hanya 'menurut perintah'!... Bukankah pemimpin itu tugasnya memimpin? Jadi, tuan seharusnya menguatkan semangat kami, menaikkan azam kami, menerokai potensi diri kami, bukannya membunuh semangat dan keazaman kami.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan